Selepas aku memblogwalking blog ena td teringat plak aku masa kena czer anak sulung aku. Masa tu aku kena czer sbb anak aku besar n songgang ( klu org tua2 kata lipat kajang) bleh salin biasa . Tp disebabkan anak aku dikatakan besar dan itu adalah kali pertama aku bersalin maka doktor syorkan aku utk dczer bg menggelakkan kepala anak aku tersangkut semasa proses kelahiran nnti. Mendengarkan kemungkinan tu aku pun ambik keputusan utk czer. Masa tu aku fikirkan keselamatan baby aku aje. Aku kan dh mengandungkan dia 9 bln dh usung dia kesana sini mestilah aku nk dia selamat. Mmglah segala2nya ditentukan Allah, tp sekurang2nya aku tak menyesal nnti. Masa nk masuk dewan bedah suami, mak,abah, kakak, abg ipar n adik aku semuanya ada menunggu aku betul2 depan pintu dewan. Aku pun ambik kesempatan bermaaf2an, adik bongsu aku siap menangis lg... Aku?...... Masa tu aku relaks je sbb aku betul2 nekad nk kuarkan baby aku ngan selamat. Skang ni pun aku terfikir juga dari mana dtgnya keberanian aku masa tu.. Tp skang ni klu org cakap pasal czer mmg aku takut.
Aku dibius separuh je. Selepas aje kena cucuk kat tulang belakang kaki aku terus xleh gerak. jururawat yg ada kat situ yg tlg baringkan aku. Semasa proses czer aku x henti2 membaca ayat qursi. Masa doktor kata nk kuarkan anak aku, aku rasa cam x caya je. Tp bila dgr tangisan baby, hati berkata oooo baby dh selamat kuar. Bila proses cam jantina selesai, baby terus dibawa keluar. Bila doktor kata nk cuci kesan darah kat perut aku, masa tu baru aku terasa perut dilap.
Alhamdulillah proses kelahiran anak aku sekejap. Masuk kul 10.00am kul 10.45am aku dh bleh masuk wad. Segalanya berlaku terlalu cepat. Tp bila masuk wad aku mula mamai2. Aku asyik tertido. Bukan aku sengaja nk tido tp semuanya tanpa disedari. Agaknya kesan bius kot.
Tp yg bestnya suami n mak dtg melawat aku 2 kali sehari tepat plak tu masanya. Kul 12.30thghari je mesti diaorg org yg pertama masuk wad. Aku plak kul 12.30 je mata dh tertumpu pd pintu. Siap bawa makanan lg utk aku. Tp aku kena mkn nasi bubur je masa tu. W/pun dh 8 thn berlalu rase sakit kadang2 terasa lg, cuma sakitnya tidaklah kuat sgt sekadar sengal2 sikit.
0 comments:
Post a Comment